Soalan saya kepada tuan pula...
Apakah tuan lebih hebat daripada para ulama ini
(bukan DUA orang saja tau) yang berkontra pendapat dengan DUA orang ulama yang
tuan jadikan sandaran itu?:
Tuan Imam Rock,
PADAM KOMEN
Komen tuan sebelum ini itu terpaksa saya padam agar
contoh buruk yang tuan bawa itu tidak menjadi ikutan kepada orang lain. Sesiapa
yang mengikut cara yang benar, tidak pernah saya padam walaupun sejauh mana
bertentangnya fahaman saya dengan orang itu. Tuan boleh semak di seluruh blog
ini. Komen tuan adalah yang pertama saya padam dalam tempoh dua tahun usia blog
ini. Semoga tuan mahu merubah sikap. Banyak orang berfikir untuk mengubah dunia,
tapi tidak mahu berfikir untuk mengubah dirinya sendiri.
SAYA SEDIA TAHU, SEMUA MANUSIA ADA SALAH SILAP
Sudah lama saya maklumi bahawa setiap manusia itu
pasti ada silapnya. Sebab itu berulang kali saya jelaskan, bahkan sebelum kenal
nama ‘Imam Rock’ lagi yang kami menolak apa yang salah dan yang lemah sahaja
daripada dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, bukan yang benar daripadanya.
Yang bagus daripadanya kami puji dan kami turut perjuangkan. Jadi hal ini tidak
perlu diulang-ulang lagi. Tak perlu diberitahu ‘semua manusia ada salah silap’
kepada saya lagi.
PENDAPAT SAHABAT YANG EMPAT
Kita tak boleh tolak pendapat sahabat yang empat?
Dari mana tuan ambil ajaran ini???
QARDHAWI DAN WAHBAH ZUHAILI
Tuan menggunakan nama DUA ORANG ulama untuk menolak
hujah-hujah saya dan tuan mengira tindakan saya itu salah/ melampau/ seumpamanya?
Apa sudah jadi ni tuan? Cakap lain amal lain?
Bukankah tuan juga yang kata “Selain Muhammad SAW
dan shbt yang 4, kita boleh ambil dan tolak pendapat mereka”?.
Jadi dalam hal ini, jika DR. Qardhawi dan Syeikh
Wahbah Zuhaili salah, maka saya menolaknya. Takkan saya hendak terima pendapat
dua orang itu jika perkara itu jelas salahnya? Dalam hal ini, pemahaman saya
bukan atas dasar taqlid buta, saya mengkaji. Sebab itu saya punya pandangan
yang berbeza dengan mereka berdua tetapi bersamaan dengan banyak ulama lain.
Tuan mahu saya jadi orang jahil dengan bertaqlid terus kepada
kenyataan-kenyataan mereka berdua?
Asal pandangan Qardhawi dan Wahbah Zuhaili,
'gerenti' betul? Mesti diterima tanpa bantahan? Yang berkhilaf dengan mereka
pula ‘gerenti’ salah?
Begitu?
Seperti yang pernah saya jelaskan, dalam hal ini
saya sudah memohon gerak beristikharah kepada Allah SWT sendiri, bukan sekali
dua. Dan jawapan yang diterima adalah apa yang saya perjuangkan sekarang.
Takkanlah saya hendak bertaqlid buta kepada dua orang dengan meninggalkan
petunjuk daripada Allah dan pandangan banyak ulama lain?
Tuan sendiri sudah beristikharah? Tanya Tuhan,
baguskah tindakan tentera berfahaman Muhammad bin Abdul Wahhab membunuh dan
mengusir para ahlul bait dan ulama, menyerang satu wilayah dalam daulah Islam/
memberontak kepada daulah Islam, menyasarkan batu-batan dan bukannya hati-hati
manusia...
Pernah ke belum (sebelum membantah tulisan saya
tempoh hari)?
Jika belum, buat apa mengkritik tulisan orang lain?
Jika sudah, apa jawapannya?
Apa hebatnya jawapan dua orang (Qardahwi dan
Wahbah) berbanding jawapan Tuhan?
SOALAN DIPATAH-BALIKKAN
Soalan saya kepada tuan pula...
Apakah tuan lebih hebat daripada para ulama ini
(bukan DUA orang saja tau) yang berkontra pendapat dengan DUA orang ulama yang
tuan jadikan sandaran itu?:
Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib
Abdullah al-Haddad, cicit kepada Imam al-Haddad.
Syeikh 'Atha` al-Makki
Syeikh Nazeem Haqqani
Syeikh Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani
Syeikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq
al-Hanbali, hidup sezaman dengan Muhammad Abdul Wahhab.
Syeikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab
Syeikh 'Afifudin 'Abdulah bin Dawud al-Hanbali
Syeikh Kabbani
Syeikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti
Makkah
Syeikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i
Syeikh Hamd-Allah ad-Dajwi
Syeikh Muhammad bin Alawi al-Makki
Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi
Syeikh Muhammad 'Asyiqur Rahman al-Habibi
Syeikh Nuh Ha Mim Keller
Syeikh Mustafa al-Hamami al-Misri
Syeikh Hasan as-Saqqaf
Syeikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari
Syeikh Nuruddin al-Banjari
Syeikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi
Syeikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi
Syeikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri
Tuan lebih hebat daripada merekakah?
Apakah mereka semua bersepakat dalam kebodohan dan
tidak tahu sejarah Muhammad bin Abdul Wahhab?
Tuan fikirlah sendiri.
TULISAN QARDHAWI
Dalam tulisan Qardhawi itu, pada bahagian mana ada
menunjukkan sokongannya kepada pembunuhan para ahlul bait dan ulama,
penyerangan kepada sebuah wilayah daulah Islam/ pemberontakan kepada daulah,
menyasarkan batu-bata dan kayu lebih baik daripada hati-hati manusia...?
Apabila Qardhawi puji seseorang , “Awak ini
cantiklah,” itu bukan menunjukkan dia memuji semua 100%- rambut cantik, hidung
cantik, kaki cantik, dubur cantik, ketiak cantik dan lain-lain. Takkan yang ini
pun tak boleh faham?
Qardhawi puji apa yang betul saja, yang salah tidak
dia puji.
Dalam tulisan Wahbah Zuhaili pula, pada bahagian
mana yang menunjukkan kesetujuannya terhadap perkara-perkara di atas?
NASIHAT DIPULANGKAN
Saya juga tak mahu apa yang anda pertahankan di
sini dan di mana-mana menjadi satu fitnah kepada sesiapa dan dipegang oleh
sesiapa yang terbaca tulisan tuan dan bantahan tuan terhadap ‘fahaman saya dan
para ulama di atas’.
Jangan pandai-pandai menulis dan membantah jika
tidak mengetahui hakikat kebenarannya.
Qardhawi dan Wahbah Zuhaili itu dua orang tokoh
Ikhwanul Muslimin. Anda tidak tahu cara Ikhwan bergerak, jangan mudah-mudah
percaya apa yang dilihat. Ikhwan ini ‘more than meet the eyes’. Anda pernah
terlibat dalam tarbiah Ikhwan secara khusus?
Jika tak ada ilmu, jangan tunjuk pandai.
Antara buktinya, sungguhpun nampak dua perenggan
yang dipetik itu seolah-olah memuji Muhammad bin Abdul Wahhab, apakah Qardhawi
dan Wahbah berfahaman Salafi Wahabi? Tidak ! Malah mereka menganggotai Ikhwanul
Muslimin yang dipandang sebagai sesat oleh sebahagian besar Salafi Wahabi.
Umat Islam umumnya menggandingkan Albani dengan Ben
Baaz dengan Fauzan dengan Utsaimin.... tapi, mereka tidak gandingkan dengan
Qardhawi dan Wahbah sekali. Qardhawi dan Wahbah digandingkan dengan Said Hawa,
Fathi Yakan, Syed Qutb, Ramadhan al-Buti, Mustaffa Masyhor dan lain-lain.
Mengapa?
Kerana mereka berada dalam dua kelompok yang
berbeza!
Mereka memuji bukan puji kosong, ‘puji ada makna
tu’. Malangnya tuan tidak ada ilmu dalam hal ini (cara kerja Ikhwan) tapi masih
cuba menunjuk pandai.
Tentang Syeikh Wahbah Zuhaili, katakanlah dia
benar-benar menyokong segala keganasan dan kebebalan dakwah Syeikh Muhammad
Abdul Wahhab, saya sama sekali tidak akan bertaqlid buta kepadanya dengan
meninggalkan sekian banyak ulama lain yang tidak bersetuju dengannya. Gelaran, nama
dan jasanya sedikitpun tidak mempengaruhi saya.
Maaf jika penjelasan saya kali ini agak keras sedikit,
kerana saya juga sayangkan saudara seagama dengan saya seperti tuan dan yang
lain-lain yang punya semangat dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam.
Kita sama-sama ibnu sabil, jadi teruskan mencari
gali ilmu hingga akhir hayat, dan jangan rasa malu dan takut untuk mengubah
pandangan yang dipegang sekarang jika ia merupakan pegangan yang salah.
Saya juga bukan mahu membuang masa melayan
hujah-hujah murahan malah tidak mematuhi adab-adab berdiskusi (banyak bahagian
dibiar, dipilih-pilih bahagian yang dirasakan boleh menang saja), tetapi
terpanggil juga untuk membetulkan keadaan. Semuanya datang daripada Allah dan
tiada daya dan upaya kita tanpa izinnya. Dan janganlah kita berbangga dengan
apa yang kita ada kerana semuanya milik Allah.
Saya juga menghormati tuan (dengan syaratnya tuan
melakukan amal-amal terhormat) kerana petunjuk Allah dan ilmu. Jika tuan pun
terasa hati, saya pun mohon maaf selaku hamba yang dhaif.
Ps: Jika tuan rasa mengkritik kenyataan orang lain
berdasarkan CNP adalah satu kaedah dakwah yang benar, yang dicontohkan oleh
para ulama (saya rasa tidak), itu adalah hak tuan. Dan tuan praktikkanlah cara
itu di tempat lain yang setaraf dengan tuan, bukan di sini. Yang pasti apa yang
tuan miliki bukan milik tuan. Ingat tu.
Nasihat tuan kepada saya yang berbunyi ,” Yang
pasti apa yang tuan miliki bukan milik tuan. Ingat tu.” Samalah seperti tuan
berkata kepada bapa itik, “Kalau kamu berada di atas air, kamu akan terapung,
tak tenggelam punya. Ingat tu.” Kerana saya mengajar tasauf dan itulah antara
intipati utama ajaran saya. Tak perlu diberitahu. Pergilah beritahu kepada
orang lain. Jika saya terlupa, banyak lagi guru, rakan dan murid saya yang
boleh tolong ingatkan. Jadi bahagian itu dan banyak bahagian lagi saya
pulangkan kepada diri tuan sendiri. Macamlah saya jahil sangat hingga tidak
sedar perkara itu/
Oh ya, di mana dia blog tuan, tulisan-tulisan tuan?
Jangan hanya berani mengkritik hak orang tapi hak sendiri disembunyikan.
Tuan Imam Rock,
Tuan masih muda, masih terlalu muda untuk mengumpul
maklumat mencukupi dan membuat penilaian tentang fahaman Salafi Wahabi. Saya
berani mengatakan, apa yang saya sudah lupa tentang Salafi Wahabi mungkin lebih
banyak daripada apa yang tuan ingat tentang Salafi Wahabi. Setakat menonton
kuliah Dr. Asri, apalah sangat pemahaman yang diperolehi? Sila seimbangkan
input, baca yang pro-Wahabi 10 buku, bacalah yang kontra 7-8 buku. Jangan baca
yang kontra 1-2 buku saja. Seimbangkan maklumat.
Wallahualam.
|