Payah orang zaman sekarang...
Kalau seseorang itu ada PHD, ada Dato’,
ada jawatan mufti, ada banyak pengikut,
salah dan lemah pemahaman macam manapun
tetap dikata betul dan cuba dipertahankan,
cuba disucikan dengan pelbagai cara
Macam-macam helah diberi
namun untuk diakui salah dan lemahnya itu,
janganlah diharapkan
Kalau mengakupun
nampak jelas tak berapa ikhlas
Kadang-kadang memang tak ikhlas langsung
Alasan zaman-berzaman dilontarkan
Padahal ego fanatik dan taqlid buta
menggunung tinggi di jiwa
“Biasalah, siapa tak buat salah...”
“Dia orang besar, kita orang kecil,
biarlah orang besar urus sama orang besar...”
“Dia ada ‘title’, engkau?”
“Apa taraf engkau nak pertikai dia?”
“Banyak benda lagi kita nak fikir,
sibuk nak pertikai orang lain buat apa?”
Begitulah jika waktu fahaman
dan tokoh-tokoh dokongannya
dibuktikan salah ataupun lemah
Tapi kalau waktu hujah-hujah mereka kuat,
kerjanya tak lain asyik pertikai fahaman orang
Menghentam orang-orang bermazhab
tapi...
berhujahkan kitab-kitab bermazhab!
Pelik anak ajaib cucu ntahapahapantah
“Siapa betul ijtihad, dapat dua kali ganjaran.
Siapa salah ijtihad, dapat satu ganjaran.”
Ewah ewahhh!
Jangan main-main kawan...!
Itu bukan tiket untuk menyebarkan
apa yang kita rasa betul
apa yang kita rasa sedap
apa yang kita sokong
apa yang tokoh sanjungan kita bawa
Sebaliknya pula...
Berbeza benar jika yang membawa kebenaran itu
orang awam, orang kampung
Walau benarnya banyak salahnya sikit,
yang benar tidak dipandang
yang salah dicanang-canang
Padahal salah dan lemah orang awam
tidak banyak memudaratkan orang lain
kerana dia bukan ikutan masyarakat.
Kesalahan jenis ini
apalah sangat manfaatnya
jika dihebah?
Tapi kalau salah itu empunya PHD, empunya Dato’,
empunya jawatan mufti, ada banyak pengikut,
ia akan memudaratkan banyak orang.
Kesalahan jenis ini tidak boleh didiamkan.
Banyak manfaat jika dijelaskan
terutamanya
untuk menyelamatkan umat.
Sebab itu al-Ghazali mendedahkan
kesalahan dan kelemahan Ibnu Sina,
bukannya kesalahan jiran Ibnu Sina
ataupun sepupu Ibnu Sina,
kerana pengaruh Ibnu Sina besar
malah diagung-agungkan oleh Barat
Faham-fahamlah permainan Barat
Apa yang salah daripada orang yang berpengaruh
Mesti diberikan penjelasan kepada umat
Agar hanya yang baik daripadanya saja
yang menyebar,
bukan yang salah dan yang lemah daripadanya
Orang kecil buat dosa kecil,
Jadilah dosa kecil.
Orang ber’title’ buat dosa kecil,
Ia boleh jadi dosa besar.
Apatah lagi jika yang dibuatnya itu
memang dosa besar
Yang salah tetap salah
Yang lemah pastiah lemah
Apa lagi yang cuba engkau selindung-selindungkan,
suci-sucikan?
Pemahaman tidak terletak pada ‘title’
dan jumlah pengikut.
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
5 OKTOBER 2008
|