Jika
kita ‘Google’ kalimah ‘rakansiswa’, selain daripada menemui laman
RakanSiswa.com di http://rakansiswa.com/,
kita juga akan ketemu dengan begitu banyak rungutan umat Islam khususnya di
Malaysia tentangnya.
Laman
tersebut memang boleh mengelirukan sebahagian umat Islam terutamanya golongan
muda. Kita tidak nafikan hak penganut agama lain untuk membina laman web mereka
tetapi biarlah kena dengan caranya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, menggunakan
nama ‘Rakan Siswa’, cuba mengaitkan nama ‘Allah’ dengan Jesus Christ, kalimah ‘Alkitab’
kepada Bible, kalimah ‘Injil’ kepada Gospel dan sebagainya membuatkan laman itu
memang boleh mengelirukan walaupun mungkin niat mereka tidalah begitu.
Apa
yang saya perhatikan, iklan laman itu begitu mendapat tempat (ataupun diberi
tempat?) hinggakan ia selalu saja menyelit di laman-laman yang ‘beriklan
percuma’ termasuklah di blog saya. Sefaham saya juga, mereka menerima kunjungan
yang tinggi pada setiap hari.
Dengan
itu, dakwah Tajdid Segar mula bertindakbalas dengan mewujudkan sebuah blog
bertajuk ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ di http://dakwahrakansiswa.blogspot.com/
. Tujuan utama laman ini diaktifkan ialah sebagai pengimbang kepada maklumat-maklumat
yang ada di web Rakansiswa. Diharapkan umat Islam yang melayar ataupun terlayar
laman itu dapat menjadikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ sebagai ‘firewall’
sebelum terkeliru ataupun sebagai ‘antivirus’ sekiranya sudah mulai keliru.
Buat
masa ini, cara blog baru ini berfungsi ialah dengan menolak apa yang salah
daripaad Rakansiswa.com menggunakan hujah-hujah akal dan daripada sumber-sumber
ajaran Kristian sendiri. Strateginya- supaya mereka yang di sana dan para
peminat mereka mahu membaca dan menilai pegangan mereka selama ini. Kemudian
barulah sedikit demi sedikit akan dimasukkan sandaran-sandaran aripada
sumber-sumber Islam. Jika sedar awal kita letak maksud ayat-ayat suci al-Quran
dan hadis di sana, pengalaman menunjukkan mereka akan terus mengelak daripada
membaca kecuali segelintir yang sangat kecil jumlahnya.
Adalah
diharapkan dengan sebesar-besar harapan agar para pelayar Muslim tolong
mempromosikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ ini dengan apa cara yang
mampu. Usaha anda pastinya menambahkan kasih sayang Allah SWT.
|