Leman
mahu mengahwini perempuan
Tapi
siapa perempuan?
Nun
di sana seorang perempuan
Bukankah
sepatutnya perempuan itu
Seorang yang lemah-lembut?
Nun
di situ seorang perempuan juga
Bukankah
sepatutnya perempuan itu
seorang
yang pemalu?
Yang
terjaga laku,
yang
terpelihara kata-kata?
Dia
seorang perempuan
Bukankah
fitrah perempuan itu
suka
akan anak-anak kecil?
Leman
mahu perempuan sebagai isterinya
Tapi
kenalkah Leman akan perempuan?
Mereka
perempuan
Bukankah
perempuan itu sepatutnya
seorang
yang mahir memasak?
ataupun
sekurang-kurangnya
tahu
memasak?
Mereka
perempuan
Bukankah
yang dinamakan perempuan itu
sepatutnya
sukakan belaian suami?
Mereka
pun perempuan
Bukankah
mereka sepatutnya
tersorok
tidak terpamer?
Leman
mahukan perempuan
sebagai
ibu kepada anak-anaknya
Tapi
di mana ada perempuan?
Di
sana perempuan
Bukankah
sepatutnya perempuan
berambut
panjang?
Di
sana perempuan
Bukankah
hamba Allah bernama perempuan
sepatutnya
suka hidangan dan masakannya
menjadi
santapan orang?
Di
sana perempuan
Bukankah
perempuan sepatutnya
ketawa
kecil senyum terukir?
Begitulah
gambaran-gambaran
yang
ada dalam fikiran Leman
apabila
disebut ‘perempuan’
Leman
mencari perempuan
Sebagai
calon jodoh Leman
Lalu
Leman temui
Tapi...
Leman
keliru
Pusing
kepala dan minda Leman
Mana
tidaknya
Lagak
yang di kata perempuan
yang
Leman temui itu
kasar
Cakap
main lepas-lepas
Sesekali
bicaranya kurang ajar
Tidak
sukakan budak-budak,
hamil
pun belum tentu dia mahu
Memasak
pula tidak tahu
Suami
dianggap pengganggu
Auratnya
terpamer
Rambutnya
pendek seperti rambut Leman
Menyedia
makanan dan menghidang
dianggap
leceh
Tawanya
berdekah-dekah, mengilai-ngilai
Orang
kata...Leman sendiri pun tahu
Yang
dilihatnya sekarang seorang perempuan
Tapi
pada hakikatnya
Leman
rasa dirinya belum jumpa
seorang
yang ‘perempuan’
Seolah-olah
Leman
bakal mengahwini spesis
yang
hampir-hampir spesis Leman
Apa
nak buat, itu saja pilihan yang ada
Terpaksalah
Leman mengambil yang itu sebagai suri
kerana
adalah
juga sikit-sikit macam perempuan
daripada
tidak ada langsung
Fikir
Leman
beruntungnya
mereka yang surinya
benar-benar
seorang perempuan
Nasib
engkaulah Leman...
Abu
Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
15
November 2008
|