Utusan
Online 16 November melaporkan:
NEW
DELHI 15 Nov. - India mencatat sejarah semalam apabila kapal angkasa tanpa
pemandu yang dilancarkannya baru-baru ini, berjaya mendarat di Bulan, semalam.
Kapal
angkasa itu dilaporkan mendarat dengan sempurna di permukaan Bulan selepas
dilepaskan dari pesawat tanpa angkasawan, Chandrayaan-1.
Kejayaan
ini turut meletakkan kedudukan India setaraf dengan Amerika Syarikat, Rusia dan
Jepun yang berjaya mendaratkan pesawat di Bulan.
"Kami
kini berjaya mengibarkan bendera India di permukaan bulan.
"Kami
juga berjaya melakukan pengembaraan ke Bulan pada harga yang murah," kata
Pengerusi Pertubuhan Kajian Angkasa India (ISRO), Madhavan Nair.
Menurutnya,
kos ekspedisi ke bulan hanya berjumlah AS$80 juta (RM280 juta) iaitu hanya
separuh daripada kos yang dibelanjakan oleh negara lain.
Kejayaan
itu merangsang ISRO untuk menghantar ekspedisi kedua pada 2012 selain
menghantar satelit ke planet Marikh dan Zuhrah.
India
yang memulakan kajian angkasa lepas pada 1963 berjaya membuat sendiri peralatan
yang diperlukan untuk ke bulan seperti satelit dan peralatan pelancaran bagi
menjimatkan kos.
Bagaimanapun
India masih lagi ketinggalan jauh dengan pesaing seperti AS dam Rusia yang
sememangnya telah berada pada landasan kukuh dalam penerokaan angkasa lepas.
-
AFP
Tahniah
kepada negara India, tapi pada hari yang sama Utusan Online juga melaporkan di
bawah tajuk “Desakan Hidup” :
Sewaktu kanak-kanak seusianya di Malaysia masih
merengek kerana mahukan susu atau permainan, lain pula nasib Rashom,
kanak-kanak berusia tiga tahun di Siliguri, India ini.
Pada usia sebegitu muda, Rashom tidak pernah
mengenal kemewahan malah dia terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Ibunya, Rukshana Khatun, 32, terpaksa membanting
tulang bekerja di kuari batu untuk mencari rezeki dan Rashom turut membantu
walaupun tangan kecil dan kudratnya tidak mampu menanggung beban itu. Bagi pejuang hak
asasi kanak-kanak, ia dianggap sebagai satu penganiayaan namun apalah yang
mampu dilakukan oleh keluarga yang dihimpit kedaifan hidup ini?
Mungkin
apa yang dipaparkan ini mampu menginsafi rakyat Malaysia yang hidup makmur di
negara bertuah ini.
Begitulah
kisahnya negara India, banyak rakyatnya hidup dalam kemiskinan tetapi
pembangunan teknologi dan persenjataan cukup hebat. Samalah halnya dengan
negara China yang kini berkemampuan untuk menembak satelit di angkasa lepas,
tidak kurang banyak rakyatnya yang hidup dalam kesempitan. Mangsa bencana alam
di sana bukannya sedikit, entah bilalah nasib mereka akan berubah. Xinjiang
yang dulunya dikenali sebagai Turkistan Timur terus ketinggalan manakala hasil
bumi mereka ‘dicuri’ penguasa China.
Zaman
Soviet menjadi gergasi dunia dulu, betapa gahnya ‘beruang’ ini di persada dunia
dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan persenjataan mereka. Namun kini kita
sedar betapa wilayah-wilayah selatan Rusia yang banyak warga Muslim ketinggalan
jauh daripada arus kemodenan. Hanya setelah mencapai kemerdekaan inilah baru
mereka hendak melangkah.
Persoalannya,
majukah kita jika manusia hidup dalam kemiskinan sedangkan sangat banyak wang
dihabiskan untuk teknologi dan persenjataan? Mengapa tidak diseimbangkan
peningkatan taraf hidup manusia dengan kemajuan keduniaan?
Ps:
Teringat dulu arca keris bernilai RM 9 juta yang hanya menjadi santapan mata,
sedangkan dengan wang sebanyak itu kita boleh membiayai pengajian university ratusan
bumiputra khususnya yang beragama Islam secara percuma.
|