BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

0

 · New Yesterday

6

 · Overall

733


Latest 3 Members
 01:Nov 20, 2009silvia91
 02:Nov 20, 2009shemfleliaf
 03:Nov 20, 2009Bruinuifs

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

267

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1019445


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

764

 ·Forum Topics

324

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Entrance to Medical Schools @ Free PHP-Nuke Portal
Membina Rumahtangga Berwangian Syurga (bab 2)
Posted on Friday, December 05 @ 02:01:22 EST by alexanderwathern
TARBIYYAH

Siri ini sudah begitu lama tertangguh, sejak 15 Mei 2007. Teman-teman yang meminati siri ini pun sudah ada yang menghilang. Begitulah sibuk lagi lemahnya insan kerdil bernama Abu Zulfiqar.

 

Bab 1 ada dua kali pos. Pos pertama DI SINI dan pos kedua DI SINI. Selamat membaca.



TANGGUNJAWAB SEBELUM BERKAHWIN

 

PERTAMA:

 

“Perkahwinan saya mestilah kerana Allah, yakni dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah.”

 

Bagaimana hendak menjadikan perkahwinan kita betul-betul ‘KERANA ALLAH?

 

Menurut Syeikh Fathi Yakan dalam kata-katanya di atas, sebelum berkahwin kita mestilah mempunyai NIAT dan USAHA untuk membina sebuah rumahtangga yang Islamik dari segenap sudut yang termampu, bukan Islamik dari sudut-sudut tertentu sahaja. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘rumahtangga muslim’.

 

Kemudian kita yang hendak berkahwin ini mestilah ada perancangan untuk melahirkan anak-anak dan cucu-cicit yang soleh. Untuk mendapatkan anak-anak yang soleh, tidak boleh tidak kita mestilah berusaha sekadar termampu untuk mendapatkan pasangan ataupun calon hidup yang soleh juga. Dan jangan pula kita lupa untuk menjadikan diri sendiri seorang yang soleh.

 

Ada orang berangan-angan ingin memiliki anak-anak yang soleh tetapi pasangan pilihannya tidak soleh. Ada yang mengimpikan pasangan hidup yang soleh tetapi diri sendiri tidak usaha disolehkan. Hal-hal begini biasanya akan membantutkan perancangan mendapat keturunan yang soleh.

 

Bakal ibu dan bakal bapa mestilah terlebih dahulu mengisi dada mereka dengan ilmu, iman dan amal yang memadai kerana pendidik utama anak-anak nanti ialah ibu bapa.

 

Seterusnya, untuk berkahwin ‘kerana Allah’ kita mestilah berniat dan merancang untuk menjadikan keluarga yang bakal dibentuk nanti sebagai ‘pemikul amanah Allah’. Antara tugas utama pemikul amanah Allah ialah mempromosikan Allah dan Islam. Keluarga yang bakal dibentuk itu nanti mestilah keluarga yang kita harap dapat melaksanakan dakwah ke dalam keluarga dan ke luar keluarga yakni kepada orang lain. Selain daripada ahli-ahi keluarag itu mampu bekerja secara individu, keluarga itu juga nanti diharapkan dapat menggerakkan agama Allah ini SEBAGAI SEBUAH KELUARGA.

 

Kepincangan berlaku apabila hanya si suami saja yang bekerja untuk agama Allah sedangkan yang lain-lain tidak. Ataupun isteri saja yang rajin mengikuti program-program keagamaan tetapi suami dan anak-anak tidak. Ada juga yang anak-anaknya didesak bekerja untuk agama Allah tetapi ibu bapa hidup seperti orang biasa.

 

Akhirnya keluarga yang hendak kita dirikan itu mestilah diniat dan diusahakan agar dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah di mana-mana sahaja. Ringkasnya begini: Apabila orang lain memandang keluarga ini, mereka akan termotivasi untuk lebih beragama. Begitu juga ketika mereka mendengar perbicaraan, melihat kelakuan dan bergaul dengan keluarga ini.

 

Maksud hadis Rasulullah saw:

 

“Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah MENYEMPURNAKANsebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang masih tinggal.”

(Baihaqi)

 

 

KEDUA:

 

“Saya berkahwin adalah dengan tujuan supaya saya dapat menjaga pandangan saya dan dapat menjaga kehormatan saya di samping saya dapat bertakwa kepada Allah.”

 

Lelaki yang belum merasai perkahwinan cepat tertarik dengan wanita. Wanita pula memang dijadikan Tuhan penuh dengan tarikan kepada lelaki. Hal ini merupakan fitrah makhluk  bernama manusia. Biasanya lelaki yang sudah menikmati alam perkahwinan akan berasa lebih tenteram jiwanya, maka tumpuannya kepada agama lebih jitu.

 

Untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai penjaga pandangan, fitrah keperluan manusia dari segi seks mestilah beres. Untuk membereskan hal itu pula, pasangan yang dicari MESTILAH DILIHAT terlebih dahulu sekadar batas-batas syarak, bukan main tangkap muat saja. Melihat bakal pasangan memang dituntut oleh agama supaya tidak mendatangkan ketidakpuasan di kemudian hari.

 

Jika kita main tangkap muat saja, asal ada isteri cukuplah, dikhuatiri si isteri bukanlah jenis wanita yang kita sukai. Perkara ini akan mengurangkan atau menutup keinginan kepada isteri. Hal sebegini memang ada berlaku. Akhirnya perkahwinan yang diharap dapat MENJAGA PANDANGAN gagal mencapai matlamatnya.

 

Orang zaman sekarang lebih mudah untuk melihat bakal pasangan hidup masing-masing kerana kaum wanita sudah keluar bekerja, tidak seperti zaman dahulu. Jadi buatlah perancangan dan pilihan yang bijak.

 

Bagi kaum wanita pula perkahwinan dapat menjaga kehormatan dirinya, lebih-lebih lagi pada zaman wanita banyak berada di luar rumah seperti sekarang. Fitnah LEBIH MUDAH menimpa wanita yang belum berkahwin berbanding yang sudah. Wanita yang sudah berkahwin juga KURANG menarik keinginan lelaki untuk mendekatinya berbanding yang belum. Orang lelaki pun akan berfikir dua kali untuk mendekati mana-mana wanita yang sudah bersuami berbanding yang belum.

 

Maksud hadis Nabi saw:

 

“Allah berhak menolong tiga golongan... (yang ketiga ialah) orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya.”

(Turmizi, Ibnu Hibban & al-Hakim)

 

Dan untuk bertakwa kepada Allah di sepanjang perkahwinan itu, kita berbalik kepada NIAT dan USAHA yang disentuh pada isi pertama sebelum ini.

 

 

KETIGA:

 

“Saya mestilah bijak memilih isteri (suami) yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring jalan dengan saya.”

 

Bijak di sini bererti membuat pertimbangan akal sewajarnya berdasarkan penilaian agama, bukan main tangkap muat.

 

Untuk menjadikan isteri kita ‘TEMAN SEIRING JALAN’, SEBOLEH-BOLEHNYA pilihlah yang SEFIKRAH dengan kita. Jika dapat yang SEJEMAAHNLAGI BAIK Jika tidak dapat, paling PALING KURANGPUN pilihlah  yang BERMINAT DENGAN AGAMA. Jika tidak, isteri tadi hanya akan menjadi teman hidup saja dan bukannya teman seiring jalan.

 

Bayangkan, seorang minat agama seorang tidak. Seorang rajin beribadah seorang rajin berhibur. Seorang suka ke majlis pengajian seorang suka duduk di rumah ataupun berjalan-jalan. Kan kacau dibuatnya?

 

Setiap minggu seorang mengikuti usrah jemaah A seorang ikuti halaqah jemaah B. Di rumah, si suami uruskan program untuk jemaah A manakala isteri merancang program jemaah B. Sampai bila pun mereka sangat susah untuk bekerja dan bergerak bersama-sama.

 

Tapi bayangkan pula jika kedua-duanya minat akan agama, minat menambah dan mengukuhkan ibadah, suka ke majlis pengajian, alangkah bahagianya semua dibuat bersama-sama. Tambahan pula jika sejemaah. Program pergi bersama-sama, merancang dan bekerja di rumah bersama-sama, anak-anak pun sudah tentu satu acuan dan mudah dibentuk.

 

Tapi ingat, walaupun sefikrah dan sejemaah, KALAU DAPAT pilihlah yang mahu bekerja untuk agama Allah. Jika tidak, kita sendirianlah yang hendak bergerak, dia sekadar ahli jemaah tanpa memberi sumbangan. Hal ini akan mengganggu kita di kemudian hari. Kita bersemangat hendak buat itu ini, dia acuh tak acuh saja membuatkan kita pun turut lemah semangat.

 

Kita lihat lagi. Si suami ahli dan aktif sebuah tariqat. Si isteri pula diasuh oleh ibu bapanya aktif dengan jemaah Tabligh ataupun sebuah NGO Islam. Kedua-duanya sangat bagus tetapi bagaimana mereka hendak bergerak bersama-sama. Lainlah kalau mereka punya minda yang berfahaman Tajdid Segar, tapi adakah jemaah yang mereka ikuti berfaham begitu?

 

Banyak berlaku si isteri terpaksa meninggalkan ikhwan yang susah senang bersama-sama dengannya selama ini dan beralih ke jemaah si suami. Ibu bapa si isteri bagaimana pula?

 

Banyak juga berlaku si isteri menjadi tidak aktif dalam menggerakkan dakwah kerana dia tidak punya kemahiran untuk bergerak dengan jemaah si suami. Kemudian dalam tempoh dia baru hendak menyesuaikan diri, sudah beranak-pinak pula. Akhirnya ‘sejuk’ begitu saja. Hendak aktif dengan jemaah yang dimahirinya pun sudah tidak dapat, hendak aktif dengan jemaah yang belum dimahirinya pun tidak sempat. Bukankah ini satu kerugian?

 

Si suami minat agama tanpa menyertai mana-mana jemaah, sekadar minat menyusun tok guru di masjid dan suaru. Si isteri pula selama menuntut aktif dengan Ikhwanul Muslimin. Bagaimana? Biasanya si isteri akan mengikut rentak si suamilah. Akhirnya masing-masing jadi penyusun tok guru dan beribadah sendiri-sendiri saja.

 

 

KEEMPAT:

 

“Saya hendaklah memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain.”

 

Maksud sabda Nabi:

 

“Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya.”

(Ibnu Majah)

 

Keterbalikan daripada hadis ini kita faham-faham sendirilah. Janganlah kaum wanita suka untuk berkahwin dengan seseorang lelaki kerana kekacakannya saja. Janganlah suka kerana harta kekayaan dan gajinya saja. Sukalah untuk dikahwini oleh lelaki yang agamawan. Itu yang menjadi keutamaan.

 

Zaman sekarang lebih mudah untuk memerhatikan akhlak bakal pasangan kerana biasanya manusia zaman ini sudah saling kenal-mengenal. Bagi yang tidak berkenal-kenalan, untuk menilai keagamaan dan moral bakal pasangan kita bolehlah dilihat melalui penampilan keluarganya, bertanya kepada saudara-maranya dan merisik daripada jiran-jiran dan kenalannya. Yang lebih penting, istiharah kepada Allah jangan dilupa.

 

 

KELIMA:

 

“Saya mestilah menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut (dalam isi keempat) dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya.”

 

Maksud sabda Nabi saw:

 

“Sesiapa yang mengahwini wanita kerana ketinggian kedudukannya, perkahwinan itu tidak akan menambahkan apa-apa kepadanya kecuali kehinaan. Sesiapa yang mengahwininya kerana hartanya, perkahwinan itu tidak akan menambahkan apa-apa kepadanya kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunannya, perkahwinan itu tidak akan menambahkan apa-apa kepadanya kecuali hina-dina dan sesiapa yang mengahwini wanita dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberi berkat kepadanya dengan wanita itu dan Allah akan memberi berkat pula wanita itu dengannya.”

(Abu Nuaim)

 

Ringkasnya, janganlah memilih pasangan kerana keduniaan, tetapi pilihlah dengan memandang keakhiratan. Sesiapa yang mengejar dunia, dia akan terlepas akhirat. Sesiapa yang benar-benar mengejar akhirat, dia akan mendapat kedua-duanya.

 

Ps: Isi-isi utama diambil daripada buku “Maza Ya’ni Intima’i lil Islam’ oleh Syeikh Fathi Yakan (Ikhwanul Muslimin) manakala huraiannya oleh Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’.

 

Bersambung...

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about TARBIYYAH
· News by alexanderwathern


Most read story about TARBIYYAH:
CONTOH BORANG MUHASABAH DIRI

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.68 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::