BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

0

 · New Yesterday

6

 · Overall

733


Latest 3 Members
 01:Nov 20, 2009silvia91
 02:Nov 20, 2009shemfleliaf
 03:Nov 20, 2009Bruinuifs

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

281

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1019459


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

764

 ·Forum Topics

324

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Free PHP-Nuke Portal
Cameron Highland DIS 08
Posted on Monday, December 22 @ 02:21:18 EST by alexanderwathern
UMUM

Ada orang mengatakan Cameron Highland sudah tidak sejuk, lebih kurang macam udara di bawah inilah juga. Ada pula yang mengatakan buah strawberinya hendaklah dimakan ketika di atas, apabila sampai ke bawah nanti buahnya akan jadi masam. Macam-macamlah kata orang.



Saya pun bukanlah selalu naik ke Cameron, baru empat kali. Rata-rata saya tiba di atas antara pukul sebelas ke dua belas setengah tengah hari. Berdasarkan pengalaman yang sedikit ini, saya berpendapat udara Cameron memang sejuk. Sampai-sampai saja di sana, keluar kereta mesti kena pakai baju dua lapis. Kalau anginnya agak keras, memang tak tahan.

 

Pernah kami memasang pendingin hawa (air-cond) sepanjang perjalanan. Tiba di sana, kami berhenti di Brinchang menunggu teman. Anak perempuan kami lebih sanggup duduk dalam kereta yang berhawa dingin daripada berada di luar. Begitulah sejuknya hawa Cameron kepada kami.

 

Jika benarpun hawa di sana sama seperti di bawah, masanya mungkin selepas waktu zohor. Itu pun jika tiada angin bertiup. Ringkasnya saya tidaklah bersetuju jika dikatakan hawa di Cameron sama saja dengan hawa di bawah. Namun memang saya akui hawanya tidaklah sesejuk 20 tahun sudah ketika belum banyak tempat diteroka manusia.

 

Tentang buah strawberi pula, siapa dapat buah yang manis, manislah ia. Dapat yang masam, di atas sana pun ia tetap masam. Wallahualam.

 

Baru-baru ini kami berkesempatan ke Cameron lagi. Kalau hari Sabtu dan Ahad, lebih-lebih lagi selepas orang baru dapat gaji, lebih baiklah saya tidak ke sana. Jalan yang kecil itu memang ‘sangkut’, banyak kenderaan. Hendak bergerak dari satu tempat ke tempat lain punyalah seksa. Ada masanya berjalan kaki lebih laju daripada berkenderaan. Bawa pula kereta ‘ manual’, lenguh kaki-kaki. Orang punya ramai sampaikan buah strawberi pun tak ada stok. Ambillah cuti dan pergilah pada hari-hari biasa.

 

Pengalaman paling menarik pada saya dalam kunjungan kali ini ialah melihat ‘belalang/ serangga daun’ di Taman Rama-rama. Bahagian inilah pun sebenarnya yang hendak saya kongsikan.

 

Saya begitu kagum dan hairan menyaksikan kejadian serangga ini. Rupanya betul-betul seperti sehelai daun. Bahagian belakangnya 100% rupa daun manakala bahagian kepalanya seperti daun yang dimakan ulat. Pendek kata serangga ini kita nampak 100% seperti daun. Warnanya, urat-uratnya dan bentuknya memang daun betul. Satu penyamaran yang sempurna.

 

Boleh jadi serangga ini pun tidak menyedari yang dirinya sedang menyamar. Apa yang ia faham, jika ia jenis yang makan haiwan lain, makanannya sering saja datang menyerah diri tanpa perlu ia mencari-cari. Boleh jadi juga ia tiada perasaan takut akan haiwan-haiwan lain. Hal ini kerana haiwan-haiwan lain tidak pernah terperasan pun kehadirannya.

 

Ada juga sejenis belalang ataupun mentadak besar yang menyamar sebagai daun juga tetapi penyamarannya dalam 70% saja. Ia masih boleh dikenal kecualilah oleh haiwan-haiwan yang rabun.

 

Gambar-gambar yang kami ambil boleh dilihat di http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/12/di-cameron-highland-dis-2008.html

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Tawassul.. (Score: 1)
by Imam_Rock on Friday, December 26 @ 11:47:18 EST
(User Info | Send a Message)
Salam...

Maaf mengganggu..

Saya nak mintak tolong tuan buatkan satu artikel berkenaan dengan tawassul boleh tak..??

Saya nak tahu...

p/s : tak tahu nak tanye kat mana..so tanya kat sini jer lar..wlupun xder kena mengena ngan posting...maaf



Re: Cameron Highland DIS 08 (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, December 26 @ 21:04:04 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Salam...

Maaf mengganggu..

Saya nak mintak tolong tuan buatkan satu artikel berkenaan dengan tawassul boleh tak..??

Saya nak tahu...

p/s : tak tahu nak tanye kat mana..so tanya kat sini jer lar..wlupun xder kena mengena ngan posting...maaf

Wlksm Tuan Imam Rock,

Sebenarnya saya kurang arif bab tawasul ni dan sangatlah jarang menulis/ berkata apa-apa tentangnya. Tambahan pula, saya memang tidak betawasul. C uma pernah lebih kurang 10 tahun lepas bertawasul sekali dengan Nabi Muhammad. Waktu tu saya ada masalah besar dan dijangka memang tak akan berjaya. Dengan izin Tuhan, perkara yang nampak macam mustahil tu boleh berjaya.

Itulah sekali pengalaman bertawasul. Selain itu saya senang berurusan terus dengan Tuhan. Jadi buat masa ini tidaklah saya mampu menulis tentangnya. Pada masa-masa akan datang mungkinlah.

Tapi tuan boleh tengok-tengok blog teman saya Anak Pejuang di http://jomfaham.blogspot.com/ [jomfaham.blogspot.com]. Mungkin ada disentuh tentang tawasul. Saya pun belum 'explore' habis-habis laman tu, tapi saya bercadang untuk jadikan ia salah satu daripada Jaringan Tajdid Segar.

Semoga penjelasan pendek ini bermanfaat buat tuan.


  • Syukran.. by Imam_Rock on Sunday, December 28 @ 02:21:18 EST

Al-Ahbash (Score: 1)
by Imam_Rock on Friday, January 02 @ 09:29:31 EST
(User Info | Send a Message)
Salam..

Tuan maaf mengganggu lagi..

Nak tanya sikit pasal gerakan Al-Ahbash..Apa yang tuan tahu pasal gerakan ni dan apakah benar dakwaan2 yang dilemparkan kepada syeikh yg dikatakan mengetuai gerakan ini..syeikh al-Harari..

Mintak penjelasan dan pencerahan..


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.64 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::