Wlksm,
Terima kasih.
Insyaallah ana kenal Salafi Wahabi YANG DITOLAK itu dengan sebenar-benarnya.
Tidak boleh ana nafikan, SALAFI WAHABI YANG DITOLAK itu memang teruk. Jika ana
mengatakan sebaliknya, bermaksud ana berbohong kepada Allah dan makhluk.
Lihat sendiri antara tohmahan
yang biasa dilemparkan kepada kami, yang saya muatkan dalam artikel itu:
KAMU MENENTANG PARA
PEJUANG SUNNAH.
KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF
KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID
KAMU MENOLAK PERJUANGAN
MEMBANTERAS BIDAAH
Bayangkan, orang menuduh diri
tuan sebegitu. Apakah perlakuan mereka itu tidak teruk?
Apakah apabila kita pertahankan
diri daripada tuduhan-tuduhan itu maka kita dikira teruk?
Mengapa ada ‘double-standard’?
Tuan sendiri bagaimana? Tahukah
tuan tentang Salafi Wahabi YANG KAMI TOLAK itu? Ataupun tuan bicara tentang
Salafi Wahabi yang bukan kami tolak?
Jika tuan bicarakan bukan Salafi
Wahabi yang KAMI TOLAK, sepatutnya tuan bicarakan di tempat lain, bukan pada
artikel ini.
Kemudian, tuan mungkin terlepas pandang tajuk. Lihat tajuk pun sudah boleh
menggambarkan isi kandungan seringkas mungkin. Tajuknya KENALI SALAFI WAHABI
YANG DITOLAK, bukannya KENALI SALAFI WAHABI. Besar perbezaannya bagi yang
meneliti sebelum berbicara.
Contohnya, apabila saya menulis
tentang PERILAKU IBLIS YANG DITOLAK, maksudnya artikel saya kali itu akan memberatkan
cerita tentang kejahatan-kejahatan Iblis. Tapi apabila saya menulis PERILAKU
IBLIS, maka saya akan cuba
hidangkan perilaku yang baik dan yang buruk sekaligus.
Dengan contoh ini harap tuan
dapat faham.
Dalam artikel itu,
terang-terangan saya menulis:
Inilah akibatnya kalau dia
sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan ‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam
itu (umum).
Seterusnya, mungkin juga tuan
belum meneliti saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar. Tuan boleh blog Tajdid
Sebenar pada bahagian Saranan dan Intipati.
Salah satu saranan/ pegangan
Tajdid Segar adalah MENOLAK APA YANG SALAH daripada semua pihak dan mengambil
apa saja yang benar dan berkesan daripadanya. Maksudnya, apabila kami menolak
Salafi Wahabi, kami menolak APA YANG SALAH SAJA daripadanya. Jadi secara tidak
langsung artikel ini menerangkan APA YANG NEGATIF PADA WAHABI yang kami tolak. Tujuannya
supaya orang tahu, kami menolak APA YANG SALAH SAHAJA, kami tidak pernah
menolak APA YANG BAIK daripada fahaman Salafi Wahabi ini.
Hendak mencari makanan (aspek
positif) dalam timbunan najis (aspek negatif) manakan mungkin. Lainlah jika
memang saya hidangkan najis yang bercampur-baur dengan makanan, barulah ada
makanan dicelah-celahnya.
Nampaknya tuan tersilap pilih
artikel bacaan. Saya faham, tuan mengharapkan satu artikel yang membicarakan
pro dan kontra Salafi Wahabi agaknya. Untuk itu tuan kenalah cari artikel lain
dan tuan boleh memberi komen sebegini kepada penulis artikel itu.
Ringkasnya, komen tuan memang
tidak kena dengan artikel tersebut.
Mana mungkin kita menolak aspek
positif yang ada pada Salafi Wahabi Yang Ditolak itu seperti ada antaranya yang
suka pergi mengaji ilmu-ilmu agama, mencari nafkah untuk anak isteri, suka
membaca dan sebagainya. Hanya YANG SALAH saja yang ditolak.
Harap tuan faham sekali lagi,
artikel ini khusus untuk menjawab soalan seperti:
- Salafi Wahabi mana yang kamu tolak?
- Apa pegangan Salafi Wahabi yang kamu tolak itu?
Bukannya menjawab soalan:
- Siapa Salafi Wahabi?
- Apa pegangan Salafi Wahabi?
Sangat besar perbezaannya.
Mungkin tuan salah faham di situ.
Jadi, kata-kata ini saya
pulangkan baliklah kepada tuan:
“Lihatlah kepada yang baik, jangan
hanya mencari kesilapan sahaja..janganlah kita berjuang atas dasar sesuatu
benda melainkan kerana Allah dan agamanya, dan janganlah melampaui dalam
sesuatu perkara..”
Wallahualam. |